Tuesday, October 13, 2009

Teguhkan Akidah, Bangunkan Ummah !


Insan yang cemerlang dan berkualiti merujuk kepada kemantapan akidah serta kekuatan akhlak dan asas ini diambil daripada sejarah di zaman Rasulullah yang memperkasakan tauhid serta menyempurnakan akhlak masyarakat jahiliah pada ketika itu. Pembentukan akhlak dan akidah Islamiah adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat yang dapat melaksanakan kewajiban amar makruf dan nahi munkar.


Pembinaan akidah adalah sangat penting bagi seseorang manusia dan akidah ini diibaratkan sebagai pancang antara manusia dengan Pencipta. Sekiranya pancang ini teguh dengan keyakinan dan kefahaman bahawa Allah adalah segala sumber, maka pergantungan manusia kepada Pencipta serta membina jiwa yang mempunyai rasa kehambaan terhadap khaliqnya adalah tinggi. Inilah asas bina insan yang penting iaitu sifat patuh, taat dan tunduk kepada Allah.


Timbulnya konflik di kalangan manusia adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan terhadap suruhan, batasan dan larangan Allah sebaliknya menjadi manusia yang ingkar dan sering melampaui batas dalam amalan dan perbuatan. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa akidah yang mantap perlu dipupuk sejak awal lagi terutamanya dalam jiwa kanak-kanak kerana ia memainkan peranan yang penting dalam memelihara manusia daripada melanggar perintah Allah serta membina ummah yang cemerlang yang sentiasa berjuang dalam menghayati serta mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.

2 comments:

  1. salam..satu topik yg agak menarik utk kita memperkatakan trutamanya berkenaan dgn akidah sseorng manusia.akidah adlh satu asas yg perlu ada dlm diri stiap umat Islam, krn dgn adanya akidah yg mantap mnjadikan diri kita ada arah tuju dlm kehidupan kita namun, jikalau seseorg itu tidak memupuk akidah mrk dr awal menjadikan individu itu akan terumbang-ambing tanpa arah tuju yg pasti..oleh itu ibubapa harus memberi didikan agma kpd anak mereka dr awal lg..

    ReplyDelete
  2. Salam.Topik ini merupakan satu topik menarik untuk dibincangkan.Akidah sememangnya merupakan pegangan utama hidup kita sebagai seorang Muslim.Pemahaman akidah yang betul mampu membawa kita menuju matlamat hidup kita yang sebenarnya iaitu untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah s.w.t.Ibu bapa perlu memupuk pemahaman akidah yang betul terhadap anak-anak sejak mereka masih kecil lagi ibarat pepatah 'melentur buluh biar daripada rebungnya" kerana anak-anak yang masih kecil ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan yang terbaik untuk kehidupan mereka.

    ReplyDelete