Tuesday, October 13, 2009

Pembentukan Keluarga Islam.



Pelbagai krisis yang melanda masyarakat Islam pada hari ini seperti tingginya kadar penceraian, kes penderaan dalam rumahtangga, keruntuhan moral di kalangan anak-anak remaja, penagihan dadah dan sebagainya amat membimbangkan pelbagai pihak. Segala masalah ini dikatakan berpunca daripada kurangnya pemahaman tentang konsep kekeluargaan Islam serta pengabaian terhadap melaksanakan tanggungjawab dalam membangunkan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan mantap rohaninya mengikut apa yang telah digariskan dalam ajaran Islam.


Keluarga bukan sahaja menjadi satu tempat bagi pembentukkan individu yang berkualiti tetapi juga merupakan pemangkin ke arah pembangunan ummah yang terbaik kerana keluarga merupakan unit-unit terkecil yang akan membentuk masyarakat dan bangsa. Oleh yang demikian, setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang berlandaskan kepada syariat Islam.


Seorang suami seharusnya menjadi ketua keluarga yang mampu untuk membimbing isteri dan anak-anak agar melakukan segala perintah Allah dan mencegah mereka daripada melakukan maksiat serta perbuatan yang keji dan tercela. Demikian juga seorang isteri bertanggungjawab menjadi pendorong kepada suami agar mencari rezeki yang halal dan sentiasa berbuat kebajikan di samping menjadi pendidik kepada anak-anak. Sekiranya tanggungjawab ini dilaksanakan dengan baik berasaskan kepada ajaran Islam yang sebenar, maka pembentukan keluarga yang harmoni, saling berkasih-sayang dan sentiasa menjalankan perintah Allah akan dapat diwujudkan.

1 comment:

  1. didikan agama dr ibubapa sejak kecil lg akan mencorakkan kehidupan dan keperibadian yg baik dalam diri anak2. oleh itu ibubapa perlu tahu akan tnggungjawab mereka dan harus memberikan sepenuh kasih syg dan didikan dr sudut keagamaan yg secukupnya..dr situlah anak akan membesar dan menjadi insan yg dapat cemerlang bukan shj di dunia mlhn diakhirat. insy'allah..

    ReplyDelete