Tuesday, October 13, 2009

Ayuh, Tegakkan Ekonomi Islam !


Islam melihat urusan ekonomi sebagai sebahagian daripada tuntutan pengendalian negara yang lain seperti politik, pendidikan, kehakiman, kebudayaan dan sebagainya. Penyusunan ekonomi negara itu memerlukan kepada semangat menjadikan Islam sebagai asas dalam pengendalian dan pembangunan negara secara komprehensif. Islam sebagai agama anutan masyarakat Melayu yang sudah lama bertapak di Malaysia, namun sistem pengendalian negara yang berasaskan Islam dalam bentuk yang menyeluruh dan dinamik belum diberi peluang berperanan secara mutlak. Proses de-Islamisasi yang dijalankan oleh kuasa penjajah telah berjaya membendung kemaraan umat Islam ke mercu paras kefahaman dan pelaksanaan Islam secara komprehensif. Akhirnya Islam hanya difahami sebagai keperluan ritual dan hanya menyentuh hal ehwal peribadi.


Sejak mutakhir ini, terdapat kesedaran masyarakat Islam di serata dunia yang mana kembali berusaha untuk membangunkan keagungan Islam sebagai satu cara hidup dan Islam kembali mempengaruhi dialog ideologi masa kini. Penyusunan sistem ekonomi tidak terkecuali daripada perbincangan tersebut. Di Malaysia beberapa polisi telah diambil yang bersesuaian dengan semangat Islam dalam mengendalikan urusan ekonomi negara. Contohnya dari segi polisi, membangunkan perbankan Islam, usaha membasmi kemiskinan mutlak, memupuk budaya cemerlang melalui peningkatan produktiviti pekerja, usaha menstabilkan paras harga barangan, usaha mencapai guna tenaga penuh dan lain-lain lagi.


Semangat ekonomi Islam jika dilaksanakan akan menguntungkan semua pihak sama ada yang beragama Islam atau non-Muslim. Pendekatannya yang berasaskan kepada keadilan dan ekonomi kerjasama menepati sifat kemanusiaan semulajadi. Di samping itu, ia juga mempunyai ciri-ciri yang positif terhadap kegiatan ekonomi yang merupakan prasyarat kepada kemakmuran ekonomi negara. Islam telah mengemukakan garis panduan umum dalam penyusunan sesebuah ekonomi dan pendekatannya sesuai dan berunsur progresif dalam memajukan masyarakat manusia yang melintasi batasan tempat dan masa.

2 comments:

  1. negara islam mengamalkan sistem syura tidak kira di dlm sistem ekonomi@politik namun apabila kita perhatikan pada masa kini,sistem yg diamalkan di malaysia tidak lg kearah sistem syura yg spenuhnya..bnyak fahaman luar yg sudah menular masuk dlm megara ini..oleh itu kita harus memperketatkan sistem trsbut agar malaysia selama-lamanya berada di bwh pmerinthn islam.

    ReplyDelete
  2. Salam.ana sekadar ingin menambah sedikit.Sekiranya sistem ekonomi Islam dilaksanakan ia dapat memberi keuntungan kepada semua pihak sama ada orang Islam mahupun bukan kerana pendekatan yang digunakannya adalah berasaskan kepada keadilan terhadap semua pihak.Tiada unsur penindasan serta penipuan sekiranya sistem ekonomi Islam diamalkan di dalam sesebuah negara itu.

    ReplyDelete