Tuesday, October 13, 2009

Peranan Ibu Sebagai Pendidik Dan Pendakwah Dalam Keluarga.


Pendidikan adalah tunggak kepada pembangunan yang seimbang dan menyeluruh, malah pendidikan juga yang akan menentukan sesebuah masyarakat itu terbentuk menjadi masyarakat bertamadun dari segi fizikal dan rohaninya. Pendidikan berlaku secara berterusan sepanjang hayat di mana manusia sentiasa mempelajari sesuatu. Pendidikkan bukan hanya beerti menguasai ilmu atau kemahiran, tetapi juga mencakupi pengalaman-pengalaman yang didapati diluar institusi formal. Pendidikan bermula dengan pendidikan tidak formal diperingkat kanak-kanak kepada pendidikan formal di sekolah, seterusnya pendidikan non-formal selepas peringkat sekolah.


Setiap pendidikan bermula di rumah iaitu pendidikan tidak formal sebelum kanak-kanak menapak kaki ke sekolah. Pendidikan pada peringkat ini adalah sangat penting kerana ianya menjadi asas kepada pembangunan diri seseorang kanak-kanak tersebut. Seorang ibu memainkan peranan yang sangat penting sebagai seorang pendidik dan juga pendakwah terhadap anak-anaknya kerana ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anak-anaknya dan setiap amalan, pertuturan serta tingkahlaku seorang ibu akan diperhatikan oleh anak dan secara langsung terpahat dalam hati dan jiwanya.


Oleh kerana pendidikan tidak formal di rumah ini memberi impak yang sangat besar dalam penbentukkan sahsiah dan peribadi anak-anak, maka seorang ibu yang bergelar pendidik dan pendakwah ini perlu memainkan peranan dalam menyemai serta menanam asas penghayatan Islam yang syumul dalam diri anak-anak. Anak-anak perlu dilatih dan dididik supaya berakhlak mulia, mengajar mengenal dan membaca al-Quran, mendidik mereka dengan iman dan tauhid, membimbing mereka melakukan amal ibadah seperti solat dan puasa, menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti menipu dan mencuri serta mengajar mereka asas-asas dalam menguruskan diri dalam kehidupan.


Wanita mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak-anak agar menjadi generasi yang beriman dan bertaqwa. Peranan ini mesti dilaksanakan oleh semua wanita yang bergelar ibu agar anak-anak yang dilahirkan diberi didikan dan kefahaman tentang asas-asas ajaran Islam dengan sempurna. Proses mendidik dan mentarbiyyah anak-anak ini mempunyai satu matlamat yang utama iaitu untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Oleh itu, didikan yang berasaskan Islam ini menjadi sesuatu yang amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya akan mencorak dan membentuk sebuah generasi Islam yang bukan sahaja cemerlang dari sudut luaran tetapi juga mantap dari sudut jiwa dan kerohaniannya.


Bangkitnya wanita dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik dan juga berdakwah terhadap keluarga bererti menyediakan barisan pelapis generasi muda yang bersedia memperjuangkan kefahaman Islam yang sebenar pada masa akan datang serta membawa kepada kedamaian, kemakmuran dan kecemerlangan sesuatu ummah apabila mereka berusaha untuk menterjemahkan al-Quran dan al-sunnah secara praktik dalam kehidupan seharian
.

3 comments:

  1. kita sudah sedia mklum pendidikan mrupakan pelaburan masa depan ke arah dlm penambahbaikan kehidupan manusia. ia jg pntg dlm pmbangunan negara dan memenuhi keprluan pasaran tenaga kerja.suami mrupakan ketua kluarga dan bertngungjwb trhdp isteri dan anak namun isteri jg berpranan di dlm kluarga iaitu mnjaga dan mendidik anak2 krn masa seharian anak2 byk brada dsamping ibu brbnding ayah. di sini seorg ibu lah yg perlu bntuk anak trsebut dgn didikan agama yg smpurna.

    ReplyDelete
  2. salam.ana sangat tertarik dengan artikel ini.wanita sememangnya memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak.Sebagai seorang ibu,wanita perlu melengkapkan dirinya dengan segala jenis ilmu termasuk ilmu keibubapaan agar anak-anak dapat dididik dengan cara yang terbaik.Peranan wanita dalam mendidik anak-anak memang cukup besar kerana wanita bukan sahaja melahirkan malah menggalas tanggungjawab utama dalam membesarkan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Betapa besar peranan wanita dalam membentuk sebuah keluarga. Namun dalam mendidik anak-anak, beban itu tidak hanya terletak atas bahu seorang wanita iaitu sebagai seorang isteri dan sekaligus sebagai ibu,ianya juga adalah tanggungjawab seorang suami atau bapa. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada bagaimana ibubapa menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete